Dalam usaha untuk membaiki dan meningkatkan kualiti air mentah yang semakin merosot akibat pencemaran, beberapa cadangan atau kaedah tertentu telah, sedang dan akan digunakan. Tetapi usaha ini akan gagal sekiranya tiada kerjasama dan sokongan padu oleh semua pihak yang berkepentingan untuk memulihkan kualiti air mentah seperti sediakala . Antara cadangan/kaedahnya adalah seperti berikut:-
-
Pentadbir khusus kawasan empangan - Sudah sampai masanya kawasan empangan diurus oleh suatu badan khas yang bertanggungjawab penuh dengan pengoperasian dan senggaraannya termasuk pemantauan kualiti air dalam empangan serta menjadi pemberi maklumat kepada agensi kerajaan berkaitan mengenai sumber-sumber dan pesalah-pesalah pencemaran untuk tindakan undang-undang.
-
Penguatkuasaan undang-undang - Tindakan tegas oleh pihak-pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing secara berterusan di sekeliling kawasan empangan. Juga membincangkan secara bersama sebarang pertindihan atau 'grey area' bidang kuasa masing-masing.
-
Kawalan secara kejuruteraan - Memasang suatu mekanisma yang mudah di muka sauk yang boleh menghalang kemasukan alge dalam kuantiti yang banyak ke dalam loji dan dalam masa sama memudahkan kerja-kerja senggaraan mekanisma tersebut dilakukan secara berjadual.
-
Kawalan secara biologi - Penternakan ikan jenis herbivour secara besar-besaran di empangan yang akan memakan alge dan seterusnya mengurangkan populasi alge dalam tasik sebelum disedut masuk ke dalam loji. Ini termasuk juga kawalan penangkapan ikan secara sistematik dan larangan peralatan yang digunakan hingga membunuh anak-anak ikan.
-
Kawalan secara kimia - Penggunaan effective microorganisma (EM) pada laluan air buangan yang masuk ke empangan (masih dalam peringkat percubaan utuk menguji keberkesanannya) atau penggunaan bahan-bahan kimia tertentu yang mesra alam untuk mematikan alge-alge yang terkumpul di muka sauk loji.
-
Kesedaran orang ramai - Perlu diwujudkan peluang untuk orang ramai mengetahui apa kesan mereka terhadap sumber air jika air kumbahan dan sampah-sarap mengalir masuk ke tasik/empangan serta pentingnya penjimatan penggunaan air di rumah-rumah.
Sekiranya ada tindakan bersepadu begini dan berterusan, sudah pasti masalah kualiti air mentah yang membelenggu pihak perawat-perawat air dan pengguna-pengguna air dapat diatasi dengan lebih berkesan dan cepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan