Sejajar dengan pembangunan dan kemajuan hidup manusia, sumber air yang dulunya terletak, terlindung dan dikelilingi oleh hutan semulajadi kini terdedah kepada bermacam-macam pencemaran yang datangnya dalam berbagai rupa bentuk. Kedudukannya ditempat yang terpencil suatu ketika dulu dilihat tidak sesuai lagi untuk menjadi kawasan tadahan kerana dikelilingi oleh pelbagai aktiviti-aktiviti manusia. Akibat sifat rakus, peningkatan taraf hidup dan survival manusia itu sendiri, sumber air sedang dilihat dan akan terus mengalami kemerosotan kualitinya bahkan kuantitinya juga. Secara ringkasnya pencemaran sumber air berlaku melalui aktiviti-akitiviti manusia seperti berikut:-
-
Pertanian - akibat daripada penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau salahguna penggunaannya
-
Penternakan - akibat pembuangan air najis binatang-binatang ternakan dan lebihan makanan yang sudah rosak
-
Perikanan - akibat pembuangan air kotor daripada kolam-kolam penternakan dan makanan ikan yang berlebihan.
-
Kerja tanah - akibat pembinaan bangunan dan infrastruktur menyebabkan air tanah mengalir ketika hujan lebat
-
Pembuangan domestik - akibat pembuangan air kumbahan dan sampah sarap yang keterlaluan
Adalah penting bagi manusia menyedari akibat perbuatan mereka yang akhirnya membawa bencana jika tidak ditangani segera. Kesedaran pentingnya pengekalan alam sekitar dan pencegahan pencemaran perlu dipupuk dan disemai lagi terutamanya generasi muda masa kini. Pelan tindakan perlu disediakan tanpa lengah agar generasi akan datang tidak akan terdedah dengan kemungkinan yang lebih buruk lagi termasuk peperangan merebut sumber air.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan